KOTEX ODOR - CARE DENGAN BAU DAUN SIRIH ATAU LAVANDER

Assalamualaikum.

Waktu datang bulan setiap wanita mood berbeza-beza dan adakalanya rasa kurang selesa untuk menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan atau aktiviti luar yang lain sebab risau masalah bau!

Seriously, saya pun kadang-kadang terasa macam tu, lebih lagi bila nak uruskan keluarga dari awal pagi sampai malam. Anak-anak pula kadangkala suka meragam... Jadi, takkanlah asyik nak ke tandas dan berlama-lama di dalam tu kan?

Sekarang , dah tak payah risau sebab Kotex dengan Odor-Care ni mampu mencegah dari kebocoran dan bau yang tidak menyenangkan tau!


Paling BEST bila pakai tu bau ramuan dari pati minyak semulajadi daun sirih atau lavender sangat wangi dan rasa selesa untuk dipakai.

Saya ni jenis cerewet sikit lebih lagi bila time nak mencuci pad. Biasanya, saya akan memilih pada yang tiada kandungan gel untuk lebih mudah mencucinya. 

Awak semua tak payah bimbang, Kotex dengan Odor-Care ni amat mudah untuk dicuci walaupun selepas digunakan sepanjang hari.

Syok kan!


Kotex Odor-Care ini juga didatangkan dengan dua bauan berbeza iaitu daun sirih dan lavander. Boleh pilih samada nak guna yang extra - long atau slim . Ataupun anda lebih selesa untuk gunakan yang ada sayap atau tidak bersayap.

Saya gunakan Kotex Overnight, Extra - long , bauan daun sirih ni memang buat kita rasa tenang sangat. Rasa sangat selesa tau bila tengh buat kerja rumah ni, walaupun sesibuk mana nak urus keluarga.

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...