TATI DAN MOLEEK SKINCARE BAHAYAKAN PENGGUNA

Assalamualaikum.

Penggunaan skincare yang mempunyai bahan kimia bukan baru di Malaysia ni, tapi sebab ada pelanggan yang sukakan kulit putih melepak walaupun hakikatnya kulit tu memang warna coklat. 

Makanya ramailah pengusaha tak bertanggungjawab ni buat produk yang mampu milik lah, boleh putih dalam masa 3 hatilah, boleh hilangkan terus jerawat dan jeragat lah... Memang tak patut!

Ada yang pakai kulit terus bagi reaksi mengejut, mengelupas , pedih dan sakit. Pengguna takut dan terus stop, bernasib baiklah sebab dah tak terjebak. Tetapi ada yang pakai kulitnya masih elok dan semakin licin. Bila dapat kulit macam tu, ramailah testimoni luar biasa cakap .. produk ni bagus, produk terbaik dan diiktiraf KKM.

Walhal, pihak KKM cuma keluarkan nombor siri produk yang didaftar kan di Malaysia sebab ia dikeluarkan oleh pengilang di Malaysia, bukan nombor siri keselamatan untuk produk pun. 

Tapi ramai pengedar yang taksub ni akan cakap produk ni selamat dan testimoni pengguna sangat memberangsangkan .

Tak pasal-pasal KKM kena kecam dek kerana ada pelanggan dan pengedar yang taksub sangat untuk pakai skincre jenis bahan kimia berbahaya ni. Bila dah jadi macamni, kenapa KKM tak pantau, tak bagitahu? Sampai berlambak orang jual.. merata-rata ada jual.. 

Di bawah ni, saya bagi gambar-gambar berkaitan produk TATI dan MOLEEK SKINCARE yang dah membahayakan nyawa pengguna. 






Jika terkena pada bayi atau kanak-kanak? Bimbang berlaku kesan sampingan yang kita sendiri tak boleh jangka. Tak sayang kulit sendiri lantaklah kan? 

Ini bukan setakat kulit awak je tau, bagi yang mengandung, janin dalam perut apa nak jadi? Dah tak sayang anak ke? Bagi pengguna yang ada anak-anak kecil, kalau dibuatnya anak tu termakan atau tercalit kat kulit mereka benda tu? Allahuakbar!

Harap sangat awak semua tukarlah kepada skincare berasaskan bahan botani seperti Mary Kay. Walaupun ada yang cakap Mary Kay ni mahal lah, kulit naik jerawatlah! Sebabnya, awak juga pernah gunakan peeling produk yang dah bertahun duduk dalam kulit tu! Mahal tu pulak sebab tanggapan negatif semasa kali pertama nak beli, bukan kena beli setiap bulan tapi beli 5 bulan sekali. Berapa jimat awak tak tau sebab awak masih nampak nak cepat cantik dengan produk berbahaya tu!

Bukan saja-saja saya nak promote sebab saya Beauty Consultant Mary Kay, tapi sebab saya pernah guna pelbagai produk sebelum ni kononnya berasaskan organik oleh pengeluar bumiputera sendiri tapi, ciri-ciri dan tekstur krimnya sama seperti kebanyakan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri, Hydroquinone dan tretinoin. Hasilnya, bila berhenti sahaja pakai, memang jerawat mencanak-canak naik dan kulit jadi terbakar lain macam aje.

So, berhati-hati lah... Sebab orang sekarang semua nak hidup dalam kemewahan sedangkan sebalik itu semuanya ada penipuan. Saya mohon, awak semua jadilah pengguna yang bijak!

Sekian.

4 ulasan:

  1. Kementerian Kesihatan pun dah umumkan produk-produk Tatie ini mengandungi bahan bercun merkuri. Baik beralih kepada produk skincare berasaskan botani yang organik dan selamat.

    BalasPadam
  2. Ye. Betul tu, baik TUKAR sekarang. Sebelum terlambat...

    BalasPadam
  3. kena hati hati dengan produk kecantikan sekarang ni ya

    BalasPadam
  4. itulah..

    jangan terlalu gopoh unuk membeli sesuatu produk yang memberi kesan negatif

    BalasPadam

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...