MUKMIN'S HOMESTAY, BUKIT BERUANG, MELAKA


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah family day belah mertua kat sini. 

Mukmin's Homestay ni ada Banglo A dan Banglo B yang biliknya bersambung (connection). So, tak akan adalah kes individu jadik kera sumbang bila aktiviti family day kan sebab semua family berkumpul tempat yang sama. 

Kalau ada yg jenis suka duduk dalam bilik pun boleh tau aktiviti yang berlaku kat luar. Setiap bilik ada mini fridge, ada kettle, sejadah dan televisyen.

Mana yang ada anak kecik nak kena buat susu tu, tak perlulah nak ke ruang tamu untuk ke dapur bagai. Sebab terlalu leka nak melayan anak-anak mandi kolam, saya sampai lupa nak snap gambar bilik .  



Jalan nak masuk memang kecik aje .. terus boleh masuk ke dalam dan parking di hadapan Banglo B. Depan banglo A pun boleh parking tapi dalam 2-3 buah kereta aje yang muat.


Saya dan suami sampai awal . So, boleh ambil gambar pemandangan tempat ni. Keadaan sangat bersih dan terjaga termasuklah kolam dewasa dan kolam kanak-kanak.


Kolam dewasa ni agak dalam untuk kanak-kanak. So, berhati-hati lah supaya kawal anak-anak kecil mandi di kolam mereka sahaja. Air kolam ni paras dada lelaki dewasa. Makanya, tinggi juga tu!


Best mandi di kolam kanak-kanak sebab kolam ni cuma paras pinggang kanak-kanak berumur 5-6 tahun. Agak cetek juga sebab anak saya Nabihah dan Nadeem yang berusia 3-2 tahun pun dah boleh jejak dasar kolam tanpa pelampung. 

Tapi sebagai keselamatan, kena pakai juga pelampung sebab ramai kanak-kanak yang mandi keadaan boleh jadi macam-macam. Lagipun kanak-kanak dari bayi, umur setahun hingga saya sendiri pun teruja nak masuk kolam ni hahaha!

Kawasan berumput sebelah kolam dewasa Bersebelahan Banglo A, boleh dijadikan tempat sukaneka keluarga tapi sebab kereta ahli keluarga kami ada yang letak disitu maka, terpaksalah buat aktiviti sukaneka di halaman Banglo B.

Agak sempit sebab nak buat barbeku dan hidang makanan semua di halaman Banglo B. Then, sukaneka pun sama buat kat situ jadi kurang selesa sikitlah sebab kawasan jadi sempit. 

Tapi apapun,  yang penting semua orang enjoy!

Kalau awak semua yang nak buat family day tapi nakkan kawasan yang tersorok sedikit, elok buat kat Mukmin's Homestay ni. Sebab langsung tak ada gangguan luar tau! Selesa bagi pasangan yang ada bayi kecil sebab kawasan banglo yang berdekatan dengan kolam dan kemudahan lain.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...