COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA

Assalamualaikum.

Hai, tak lama lagi dah nak Ramadhan! Jadi sebelum tu meh laa .. puas -puas berjalan sambil cari makanan sedap-sedap untuk dinikmati ..

Alhamdulillah, haritu saya ke Melaka sebab ada family day keluarga mertua. Dapatlah bawak anak-anak berjalan.



Puas juga fikir nak ke mana .. tapi saya lebih teringin nak rasa coconut shake Klebang! Seriously, sebenarnya saya tak pernah lagi minum coconut shake ni!

First time minum.. not bad lah! Sedap sebab rasanya yang lemak berkrim dengan aiskrim vanilla di atasnya tu buat tekak rasa sejuk dan puas sepanjang sedutan hingga yang terakhir!

Harga secawan memang diluar jangkaan sebab kat KL atau luar area Klebang sekalipun mesti dah cecah RM 3.50 satu cawan.

Tapi yang ni dahlah dapat minum kat Klebang, dalam cawan siap aiskrim vanilla yang harganya cuma RM 2.40 jer! Menurut pekerja disitu paling special coconut shake pon cuma RM 2.70 jer!



Hanya di Klebang, luar aje area Klebang tak dapat dah harga macam tuu .. apapun terbaiklah! Selain coconut shake, nasi lemak daun pisang dan keropok lekor turut dijual di sini .. sambil-sambil santai makan, dengan keluarga atau kawan-kawan, sambil minum coconut shake ... confirm kenyang.

Kalau ke Melaka, jangan lupa singgah Coconut Shake, Klebang ye! Cuma 5-6 km dari bandaraya Melaka .. jom jalan-jalan!

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...