CARA NAK TAHU PRODUK ANDA MENGANDUNGI HYDROKUINON


Assalamualaikum.

Hai awak semua! Siapa yang tak nak kan ada kulit floles macam bayi yang tak ada sedikitpun cela, tapi awak semua janganlah cepat sangat terpedaya dengan pelbagai produk baru yang tidak diketahui sumber asalnya dari mana. 

Ada sesetengah founder skincare canang produk yang dihasilkannya adalah organik tapi makin lama pakai makin pelik! Hati-hati ya awak semua... baik awak semua check sekiranya skincare awak semua ada tanda-tanda seperti dibawah ini okey!




Apa itu HIDROKUINON

Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari, Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli.


1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit.

2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari. Toner akan bertukar kepada coklat kehitam-hitaman. 

3. Semak penutup toner atau krim malam puan. Jika terdapat kerak coklat atau hitam, maka hampir pasti produk puan mengandungi HIDROKUINON.

4. Apabila disapu krimnya (terutamanya krim malam), kulit muka terasa panas dan gatal.

5. Awal-awal penggunaan kulit muka akan terasa sedikit pedih dan kemerahan apabila terkena matahari.

6. Kulit menjadi putih kepucatan, macam mayatt.

7. Kulit menjadi licin berkilat! Ia adalah hasil daripada matinya protein dalam kulit yang berfungsi sebagai perlindungan.

Tidak logik pun kulit seseorang wanita itu tiba-tiba jadi licin tanpa sebiji pun jerawat dalam masa yang terlalu singkat kan! Sekarang jom baca pulak kesan bahaya pakai produk skincare yang ada hydrokuinon nih!


4 KESAN BAHAYA HIDROKUINON

  • Kulit muka menjadi nipis kemerahan, rasa pedih, perit dan seolah-olah terbakar apabila terkena cahaya matahari. 

  • Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan risiko tinggi untuk menjadi tompok hitam. Buat rawatan laser pun belum tentu boleh hilang. Jangan sampai tahap macam ini ya! Lebih baik stop dari awal.

  • Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas dan mungkin koma.

  • Kulit muka yang putih itu lama-kelamaan akan berubah menjadi gelap dan seakan sunburn. Kulit wajah juga kelihatan lebih tua dari usia sebenar.


Sekian.

1 ulasan:

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...