PERSEDIAAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJA


Assalamualaikum.

Ramai newbie mommy yang pening kepala bila tinggal sebulan lagi nak naik kerja kan? 

Sebab apa, sebab bayi menyusu badan dan ibu-ibu nak teruskan juga penyusuan hingga bayi 6 bulan pertama, hingga umur bayi setahun dan seterusnya hinggalah umurnya cukup 2 tahun.

Paling penting ibu-ibu ibu kena sediakan pam susu paling selesa yang akan digunakan sebagai gajet pengganti bayi semasa di tempat kerja. 

Tapi sebelum tu, ibu-ibu dah perlu mula melakukan perahan 2 bulan awal sebelum masuk kerja. Susu perahan perlu disimpan mengikut tempoh yang disediakan seperti dibawah. 

Perlu dibezakan antara susu dari simpanan chiller dan simpan sejuk beku atau frozen.


Kemudian sebulan sebelum naik kerja, ibu-ibu perlu melatih bayi menggunakan botol dan susu perahan yang disimpan tadi. 

Semasa latihan pastikan tidak melakukannya secara mendadak ya .. tetapi secara berperingkat - peringkat.


Masa ajar bayi ni ibu-ibu perlu keras hati sikit, maklumlah .. kalau dah namanya ibu tu cepat kesian kalau anak minum pakai botol meleleh sana sini, tersedak-sedak, dan hisap botol tersangkut pulak dan paling sedih bila anak seolah-olah taknak minum dengan botol. 

Bagi ibu-ibu bekerja, silalah bersikap cekal. Kalau rasa tak kuat minta bantuan ibu atau saudara yang sedang menguruskan awak ketika dalam pantang yea!

Bila dah nak naik kerja sehari dua je lagi .. siapkan beberapa botol mengikut jumlah oz yang diperlukan bagi awak semua seperti sebelum ini. 

Bawa turun susu simpanan beku ke tempat chiller jam 10 malam setiap malam hari bekerja. Pastikan bekalan susu ibu perahan lebih dari permintaan bayi supaya tidak perlu balik ke rumah semasa waktu rehat. 

Pesan kepada pengasuh untuk menyimpan susu yang masih berbaki di dalam peti ais rumahnya buat sementara.

Contoh seperti saya:

Biasanya, pada hari pertama saya meninggalkan bayi untuk ke tempat kerja, saya akan bekalkan 6 botol bersamaan 30oz untuk sehari. 

Saya akan beri 4 botol susu simpanan beku dan 2 botol susu simpanan chiller. Saya ke tempat kerja jam 6.30pg dan sampai di rumah pengasuh pada jam 5.30ptg. 

Biasanya, bayi perempuan kurang minum dan akan berlebih 2 botol. Pengasuh akan simpan terus di peti sejuk beku.

Pada minggu seterusnya pula jika kuantiti susu bertambah, awak perlu tambahkan sebotol lagi supaya bayi cukup bekalan. Biasanya, dari bulan ke bulan susu badan akan semakin banyak bergantung pada permintaan bayi.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...