BAGAIMANA REAKSI BAYI BILA NAK MENYUSU?

Assalamualaikum.

Bila kita menyusukan bayi sendiri secara automatiknya kita ni sebagai ibu ada naluri yang kuat sekiranya berlaku sesuatu terhadap bayi atau merasai perasaan si bayi. Saya sendiri pada mulanya tidak perasan tentang hal ini sehinggalah setelah beberapa hari bayi kedua saya dilahirkan.

Nadeem Khalish selepas beberapa hari dilahirkan mengalami jaundice yang sangat tinggi sampai terpaksa berada duduk di bawah 3 lampu bilirubin kerana tahap ketinggian jaundice hingga 300% apabila diperiksa di klinik kesihatan kerajaan.

Dalam kadar segera, dia dibawa ke Hospital Temerloh atau dikenali sebagai HOSHAS untuk ditahan di NICU. Sampai wad untuk mendaftar, doktor dah terangkan tentang keadaan Nadeem sekiranya jaundice yang dihadapinya masih berada dalam tahap terlalu tinggi, doktor perlu menukar darah bayi.

Alhamdulillah, petang itu juga tahap jaundice Nadeem menurun hingga 280% sahaja. Lampu bilirubin juga cuma 2 sahaja yang diperlukan. Saya kerapkan menyusu badan walaupun pada masa itu payudara benar-benar sakit akibat melecet kerana susu agak sukar untuk keluar tetapi hisapan Nadeem terlalu kuat.

Esoknya, selesai doktor melakukan pemeriksaan terhadap semua bayi di unit NICU saya terus mengambil Nadeem untuk disusukan. Seperti kebiasaan bayi terkena jaundice ni mereka kerap tidur. Baru sesedut dua, Nadeem mesti tertidur semula maka saya pun meletakkan dia ke dalam baby cot semula.

Dalam masa setengah jam dia mula resah nak menyusu. Saya baru nak mengangkatnya tapi ditegur salah seorang jururawat di situ yang masih kelihatan bujang a.k.a belum berkahwin. 

“Kenapa asyik diangkat anak tu? Kalau macam tu.. sampai bila jaundice baby nak turun?” 

Saya jawab,”Tapi dia nak menyusu ni…” kemudian jururawat tu tempelak saya, “Tak ada gaya nak menyusu pun ..”. 

Jadi, saya tak angkat Nadeem tapi tunggu di hadapan baby cot sambil berpeluk tubuh. 

Sesaat.. dua saat.. tiga saat.. Nadeem terus menangis kuat!

“Hah, dah menangis tu angkatlah!” ujarnya dengan nada selamba.

Saya cuma tahan sabar dan terus angkat Nadeem untuk disusukan lebih lama!

Geram dan sebal dengan perangai jururawat tersebut, namun memandangkan saya sedang dalam pantang saya lebih banyakkan bersabar dan istighfar sahaja. Saya amat pasti yang jururawat tu belum berkahwin lagi dan belum memiliki zuriat sendiri. Saya tahu bila masanya bayi saya nak menyusu melalui gayanya. Makanya, janganlah suka mengecam ibu-ibu yang ada anak jaundice bila kami nak beri susu badan. 

Ya, tak dinafikan lampu bilirubin juga amat membantu untuk bayi terkena jaundice tapi sebaiknya kalau bayi dah gelisah minta susu ibunya baiklah disusukan.. mana ada ibu sanggup tengok bayinya sendiri yang baru lahir beberapa hari tu melalak tak diangkat?


Bagi bakal ibu, boleh tengok gambar ni untuk pastikan gaya bayi anda nanti sekiranya dia lapar susu!


Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi awak semua ya! Kalau ada anak yang terkena jaundice elok awak susukan aje terus walaupun bayi selamat dibawah lampu bilirubin tu. Sebaiknya, jangan tinggalkan bayi terlalu lama tanpa susu. Setiap setengah jam cuba periksa keadaan bayi samada dia tidur atau menangis nakkan susu.

Jika bayi tidur, biarkan saja dia berada di bawah lampu bilirubin.

Sekiranya bayi menangis, bedung bayi dan bawa untuk disusukan di tempat penyusuan.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk ...