TIPS PENJAGAAN 4 JENIS KULIT WAJAH

Assalamualaikum.

Sebagai wanita ni kita sangat perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit, tanpa mengira warna kulit tetapi perlu peka terhadap penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit awak semua.

Kulit kita ni sebenarnya cuma ada 4 jenis sahaja, tak kiralah awak semua duduk negara mana sekalipun, maka kalau awak semua nak dapatkan kulit yang lebih baik carilah produk yang sesuai denganjenis kulit awak semua. Macam saya sendiri, pada mulanya saya ingatkan kulit saya jenis berminyak tapi tidak rupanya! Kulit saya adalah jenis kombinasi kerana berminyak di zon T dan kering pada bahagian pipi. Sebab itulah bila duduk dalam aircond bahagian pipi saya cepat kering!

Jom tengok apakah jenis kulit awak semua dan bagaimana penjagaan harian yang disarankan oleh pakar kecantikan Mary Kay!


Kulit Normal



Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup. Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. 

Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis. Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.

Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.


Kulit Kering/Sensitif



Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa. Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Kulit Berminyak


Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri. Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat. Bahagian hidung adalah yang paling aktif. 

Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.


Kulit Kombinasi


Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T. Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat.

Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

Sekian.

2 ulasan:

  1. Bagus info nie kak. Penjagaan muka mmg sgt penting. Paling penting kena ada pencuci muka yg sesuai ngan kulit muka kita. Sy tahu produk Mary Kay ni bagus sebab kawan sy pernah pakai. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Ramai org kita ni x tau nak pilih skincare macamana. Sampai terpakai skincare yg ada bahan kimia berbahaya!

      Padam

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...