HABIT SEJAK KECIL HINGGA SEKARANG

Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ni saya memang tak boleh nak lupa satu perkara ni saja... Iaitu habit sejak saya kecil sampailah sekarang! Habit atau tabiat saya paling lama dan tak boleh ditinggalkan adalah simpan barang bawah bantal. Tak kiralah barang apapun, terutamanya buku memang saya suka sangat simpan bawah bantal. Sekarang, saya simpan krim mata atau serum muka pula bawah bantal.

5 Sebab-sebab suka simpan barang bawah bantal :
  1. Senang nak cari/guna/pakai atau nak baca.
  2. Selamat tanpa gangguan sesiapa pun.
  3. Seronok sebab tersembunyi tanpa pengetahuan orang lain.
  4. Barang tu adalah barang kesayangan sangat-sangat.
  5. Tempat paling senang diingati kalau tak jumpa cari barang.

Habit atau tabiat ni biasanya kita akan terbawa-bawa sejak kecil lagi dan berlarutan hingga dah tua bangka macam saya ni... Dah 3 series dah pun, masih tak boleh tinggal habit ni!

Buat masa ni anak-anak belum nampak ada yang mengikut jejak langkah saya mempunyai habit simpan barang bawah bantal. Tengok bila mereka dah besar sikit nanti kalau ada yang mengikut! Umi saya pun dah terbiasa dengan tabiat saya ni sampai sekarang pun umi masih ingat lagi saya suka simpan pelbagai barang bawah bantal terutamanya buku.

Apa pulak habit atau tabiat awak semua? Jomlah share kisah awak pula! Seronok sangat bila dapat mengimbau kenangan masa kecik-kecik dulu! 

4 ulasan:

  1. salam singgah. hihi. wah unik juga hobi akak. hobi saya suka salin carta lagu & kumpul info award. dulu2x selalu tulis dalam buku kalu ada carta lagu keluar macam carta era, carta muzik2x, tapi skang semuanya check kt internet je. hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb akak suka membaca dlu. Tulah suka selit buku bwh bantal. Bkn sebuah je tp byk2 jenis..Hahaha..

      Padam
  2. Hi.. Sekarang ni saya suka selit handphone bawak bantal kalau nak tidur.. Adoi... Nak kena elakkan sebenarnya.. Hehe.,

    www.erazfadli.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Handphone tu cam bahaya sket tuh haha lps ni try selit benda lain bawah bantal plak kan...

      Padam

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...