CABARAN BUAT WANITA BERNAMA ISTERI

Assalamualaikum.

Apabila seseorang wanita itu telah menjadi seorang isteri dan ibu, hakikatnya semakin banyak cabaran, dugaan dan rintangan yang tidak pasti perlu dilalui. Bukan mudah sebenarnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita yang telah bergelar isteri dan ibu lebih-lebih lagi ketika usia masih muda.

Walaupun saya berkahwin pada usia 26 tahun dimana pada pandangan sesetengah orang tua agak lewat, namun pada zaman moden umur sebegini dikira sudah agak matang untuk mengharungi cabaran berumahtangga ini. Belajar sudah tamat dan kerjaya juga sudah pun bermula.

Justeru, saya ingin kongsikan sedikit pesanan ini daripada FB page Tanya Ustaz. Benar. Agak sukar juga sebenarnya hendak menerima nasihat ini lebih-lebih lagi jika di suami bermasalah dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap kebajikan isteri dan anak-anak. Namun, saya juga yakin nasihat ini boleh dijadikan panduan dan dorongan agar kita semua tergolong dalam golongan yang beriman dan bertakwa kepada Allah.



SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi mereka ialah suami. Isteri - makhluk Allah  yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.
.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
.
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa
.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. 

Insya-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin...agar kita bkal mnjdi ketua bidadari utk suami kite d syurga kelak....lindungi walau shelai rambut...litupi walau hnya tapak kaki yg kita rsa hnya berada d bawah..tp ia yg bkal mnntukn ke syurga kah kita.

Ya Allah.....
Jadikanlah isteri yang membàca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah
Aminnn.

Sekian.

1 ulasan:

Cerita Terkini

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk ...