APA HUKUM BUAT AQIQAH UNTUK BAYI YANG TELAH LAHIR

Assalamualaikum

Seronoknya apabila menyambut kelahiran bayi ke dunia lebih-lebih lagi anak yang pertama! Apabila lahirnya setiap bayi ke dunia, yang berkemampuan diminta mengerjakan ibadah aqiqah untuk anak tersebut. Allah S.W.T telah mensyariatkan ibadah aqiqah seperti yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dengan sabdanya yang bermaksud:
“Setiap anak yang lahir itu tepelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberikan nama”. (Riwayat Ibnu Dawud, Al-Turmuzi dan Ibn Majah)

Hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut kecuali dinazarkan menjadi wajib. Penyembelihan aqiqah boleh dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahirannya, hari ke-14 atau ke-21. Jika tidak dapat pada bila-bila masa sahaja sebelum anak tersebut baligh.



Jika anak itu telah baligh, gugur tuntutan aqiqah ke atas walinya dan sunat pula keatas dirinyamengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah baginda diangkat menjadi Rasul.


Bayi Perempuan – 1 ekor kambing / sebahagian lembu/kerbau/unta yang telah cukup umur untuk diaqiqahkan.

Bayi Lelaki – 2 ekor kambing / dua bahagian lembu/kerbau/unta yang telah cukup umur untuk diaqiqahkan. (Sah jika hanya mampu melaksanakan 1 bahagian sahaja)

Boleh dilaksanakan mengikut kemampuan pasangan ibu bapa untuk melakukan aqiqah buat anak-anak yang baru lahir. Sekiranya mampu sangat dituntut untuk melakukannya sekaligus. Sekiranya kurang berkemampuan, boleh melakukannya sebahagian dahulu dan sebahagian lainnya kemudian. Sekiranya tidak mampu, tunggulah saat anak tersebut dewasa dan mampu untuk melaksanakan aqiqah buat dirinya sendiri.

Saya tetap laksanakan walaupun ada yang berpendapat ia cuma sunat sahaja. Walaupun ibadah aqiqah ini sunat tetapi hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut apatah lagi Rasulullah S.A.W turut melaksanakan ke atas dirinya sendiri dan juga cucu-cucunya.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama den...