ANTARA SEBAB PERMOHONAN BR1M GAGAL


Assalamualaikum.




Selain membuat permohonan/kemaskini maklumat secara portal iaitu https://ebr1m.hasil.gov.my , anda juga boleh pergi ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran tempat tinggal anda jika mempunyai masalah untuk melog masuk ke laman web berikut.



Anda layak menerima BR1M tapi permohonan anda GAGAL?


Antara punca permohonan anda gagal adalah kerana :

TIDAK MELAKUKAN KEMASKINI PERMOHONAN

Tidak mengemaskini permohonan BR1M bagi tempoh 3 tahun kebelakangan(2014). Tidak melakukan pengemaskinian  melebihi tempoh yang ditetapkan akan dianggap permohonan anda tidak lagi sah untuk diproses.

KETIDAKTEPATAN MAKLUMAT PERIBAD

Maklumat peribadi yang diberikan tidak tepat seperti nama, no. kad pengenalan dan lain-lain status. Perlu meneliti semula borang permohonan atau permohonan online anda untuk mengelakkan kesilapan ejaan nama dan status.

DOKUMEN PERIBADI

Tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, dokumen perceraian dan penyata gaji. Sekiranya anda membuat rayuan, sebaiknya anda mengemukakan salinan dokumen penting seperti slip gaji, surat beranak, surat kematian atau sijil nikah ke cawangan LHDNM berhampiran anda.

MAKLUMAT PASANGAN

Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin. Perlu mengemukakan maklumat pasangan sekiranya telah berkahwin dengan tepat. Jika membuat rayuan, anda boleh mengemukakan salinan sijil nikah melalui rayuan secara manual.

TANGGUNGAN

Maklumat tanggungan yang tidak tepat. Contoh: Ibu tunggal yang memiliki anak-anak dibawah tanggungannya adalah seorang walaupun anaknya adalah 3 orang kerana dua orang lagi masing-masing sudah bekerja dan layak memohon untuk kategori 3 iaitu kategori individu bujang.

JUMLAH PERMOHONAN

Memohon lebih dari satu kali permohonan (suami dan isteri membuat permohonan berasingan). Sila periksa samada pasangan anda telah/pernah memohon lebih dahulu dari anda sebelum membuat permohonan.


Bagi yang perlu mengemukakan rayuan, mungkin anda rasa leceh dan rumit untuk mengemukakan rayuan secara manual. Namun, anda boleh mencetak borang rayuan dan terus menyediakan dokumen sokongan sebelum menghantarnya ke kaunter cawangan LHDM berdekatan. Ia lebih menjimatkan masa!

Selain itu, anda juga boleh memilih mana-mana cawangan LHDM yang terletak di UTC kerana waktu mereka beroperasi melebihi waktu bekerja normal dan dibuka pada hari minggu. Ini adalah untuk memudahkan orang ramai yang bekerja waktu pejabat untuk melakukan urusan.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk ...