TIPS MEMETIK BUAH DELIMA YANG TELAH MASAK RANUM

Assalamualaikum.

Suka makan buah delima?
Buah delima ni adalah buah syurga tau...

Mak mertua saya ada tanam pokok delima ni di hadapan rumahnya dan dah berbuah... ada dalam 5-6 biji walaupun baru pertama kali berbuah. Asalkan hujan aje mesti pokok tu berbunga dan berbuah. Sampailah suatu hari ni saya ke rumahnya, saya memang suka sangat buah delima ni. Bila saya belek-belek tengok ada sebiji yang paling besar dan dah kecoklatan. Saya tanya, kenapa mak tak petik lagi? Dia sendiri tak pasti buah tu dah masak ke belum. Saya cakap cuba tengok... tapi nampaknya masih kuning dan kemerahan sedikit kulit luarnya, ada sedikit tompok tompok macam kulit tu buruk.

Eh, dah masak ke belum ni?

Saya sendiri tertanya-tanya buah delima kalau dah masak macamana ye?

Macam gambar di bawah inilah rupa bentuknya, harus ada tompok-tompok seolah-olah buah delima tu macam dah buruk je. Tapi sebenarnya buah begitulah yang dah masak dan sangat manis isinya.


Baca penerangan di bawah ni dengan teliti :




Sekarang dah tahu kan?

Lepas ni kalau nak beli buah delima atau nak petik dari pokok carilah yang buruk dan bertompok-tompok begini ya, confirm sedap dan manis!

Selain itu, buah delima juga bagus sangat untuk ibu mengandung sebab khasiat dan vitamin yang tinggi di dalamnya untuk bayi yang sedang membesar didalam rahim ibu. Syarat nak makan buah ni kena makan sebiji sampai habis tau, tak boleh share dengan orang lain sebab dalam sebiji buah delima ada terkandung satu dari bebiji kecil didalamnya hikmah!

Dulu, masa mengandung Nabihah Insyirah, saya mabuk teruk... buah inilah yang saya suka sekali jamah hari-hari selain buah-buahan lain yang mempunyai banyak vitamin. Kalau saya ke pasar chow kit, dapat pulak buah delima dari India yang warnanya merah keungguan, Ya Allah sukanya hati! Rasa sayang nak makan! Sampai ada kawan mintak pun saya tak bagi, kedekutnya! Hahaha...

Sekian.


6 ulasan:

  1. Susah nak cari..kena pi pasar2 baru jumpa..saya makan pati delima je hari2..nak kulit cantik..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, memang susah... saya, kalau mengandung nak buah fresh terus terjah pasar chow kit!

      Padam
  2. Sedap buah nie tapi susah nak cari.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada jual pun tak banyak dan mahal sangat!

      Padam
  3. Mahal buah delima ni ... :) anak2 saya memang suka makan .. beli sebijik memang tak cukup. Ada cara mudah nak makan buah delima .. pernah tgk kat Majalah 3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, abang HH kena share cara mudah makan buah delima nie! Hehehe... nak tau juga!

      Padam

Cerita Terkini

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk ...