JODOH PERTEMUAN ITU RAHSIA ALLAH

Assalamualaikum.

Credit to Google

Bila bercakap soal jodoh pertemuan, ajal dan maut itu semuanya adalah rahsia Allah. Sebagai insan yang diberikan akal dan tubuh yang sihat, kita semua perlu berusaha untuk menemuinya. Jodoh itu bukanlah seperti yang kita sangka boleh datang melayang serta jatuh bergolek kepada kita!

Ramai yang menanti jodoh itu datang secara tiba-tiba... mungkin masih belum matang untuk memikirkannya. Namun, ramai juga yang masih tidak peduli jodoh dengan siapa... mungkin dah selesa hidup sendiri dan juga lebih pentingkan komitmen kerja.

Walaubagaimanapun, kita semua hamba Allah dan semuanya telah tertulis di loh mahfuz tentang semuanya yang berkaitan rezeki, jodoh, maut, kehidupan, anak dan sebagainya.

Jom, Saya nak berkongsi dengan anda semua sedikit kisah menarik yang dilalui oleh sebilangan insan diluar sana berkenaan jodoh.

Kisah Pertama:

Riana bukan nama sebenar menyulam kasih dan cinta bersama Rizki selama hampir 8 tahun. Kemudian perhubungan mereka dilanda masalah kerana Rizki bercinta senyap-senyap dengan Melissa. Riana hampir putus harapan dengan perhubungan mereka.

Lama hubungan mereka putus tidak bersambung, namun akhirnya Rizki berterus terang terhadap Riana dan mengakui dirinya tersilap langkah menerima cinta Melissa.

Akhirnya, mereka kembali bersatu dan telah pun mendirikan rumahtangga. Kini mereka hidup bahagia dengan anak-anak yang sungguh comel.

Kisah Ke-2:

Berkali-kali putus tali pertunangan membuatkan Azmi bukan nama sebenar malu dengan rakan-rakan sekeliling.

Azmi bukan tidak pernah bercinta, namun cinta pertamanya tidak direstui ibunya menyebabkan ia putus di tengah jalan. Setiap kali bertunang dengan pilihan ibunya setiap kali itulah ujian untuknya datang.

Namun, sebagai anak yang taat akan ibunya, Azmi tetap bersabar...  Akhirnya, dia telah menemui insan yang paling layak untuk dijadikan sebagai suri hingga kini mereka hidup bahagia bersama.

Kisah Ke-3:

Bercinta dan putus cinta amat menyakitkannya, namun Husna tidak serik bercinta hinggalah dia bercinta dengan Nizam.

Namun akhirnya cinta mereka putus ditengah jalan kerana Nizam kembali kepada bekas kekasihnya. Husna benar-benar terasa dipermainkan oleh Nizam kerana dia begitu mempercayai setiap kata-kata Nizam selama ini.

Hampir setahun Husna menyendiri, ibunya mengatur pertemuan Husna dengan anak rakan baiknya Firdaus. Alhamdulillah, beberapa bulan kemudian mereka berdua telah bersedia mengikat tali pertunangan dan menuju ke alam perkahwinan.

Cinta itu terasa sakit pada awalnya namun begitu manis akhirnya!

Kisah Ke-4:

Dirinya bercinta dengan orang lain tapi berkahwin dengan orang lain? Macam mustahil!

Tetapi itulah hakikat yang terpaksa dilaluinya. Diana berkawan dan bercinta dengan Syafiq bertahun-tahun lamanya, namun rupa-rupanya dalam diam hubungan mereka tidak disukai oleh ibu Syafiq. Dalam masa yang sama Hazman sememangnya menaruh hati terhadap Diana dan telah menghantar rombongan merisik ke rumah Diana.

Dalam dilema... Diana menerima juga lamaran Hazman kerana dia sendiri tidak pasti lagi hubungan bersama Syafiq setelah mendapat tentangan terlampau hebat daripada ibu Syafiq.

Akhirnya, Diana dan Hazman mengakhiri hubungan pertunangan mereka ke jinjang pelamin dan kini, telah dikurniakan cahaya mata!

Menarik bukan kisah yang saya kongsikan?

Tak kiralah bagaimana caranya jodoh itu ditentukan, namun kita sebagai insan perlu berusaha kan! Buat anda yang masih bersendirian atau tercari-cari pasangan sesuai, anda boleh meminta kepadaNya dengan bersungguh-sungguh. Mintalah yang soleh, dan solehah, bertanggungjawab dan penyayang dan paling penting mampu membawa seluruh keluarga ke syurga yang abadi.

Cakap-cakap orang tentang jodoh yang lambat atau cepat bukan persoalannya... menjadi tanggungjawab kita untuk mendapatkan pasangan yang boleh menerima diri kita seadanya.

Apabila, ayah kita telah menyerahkan tanggungjawabnya... kita dan pasangan bakal menemui fasa berdikari dalam melayari alam rumahtangga. Besar tanggungjawab kita sebagai seorang suami dan isteri... bukan semudah A B C atau cuma petik jari inginkan kesenangan dan keindahan semata-mata.

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Terkini

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk ...